Kebocoran bahan radioaktif di Gudang Pos Aviation, Sepang

Asyraf Roslan
November 7, 2019 14:14 MYT
Menurut komander operasi, kejadian yang melibatkan kebocoran bahan radioaktif dipercayai datang dalam sebuah kotak - Sumber foto Twitter Bernama
Satu kebocoran bahan radioaktif telah dilaporkan berlaku di Gudang Pos Aviation Sdn Bhd berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) di sini, pada Khamis.
Menurut Komander Operasi dalam satu kenyataan media, kejadian yang melibatkan kebocoran bahan radioaktif dipercayai datang dalam sebuah kotak.
Pihak JBPM dan Penyelamat KLIA telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.42 pagi tadi sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian, menurut kenyataan media itu.
Difahamkan, kebocoran berjaya dikawal dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya.
Kesemua kakitangan syarikat berkenaan juga sudah mengosongkan premis itu sebagai langkah keselamatan.

Ibu Pejabat Bomba sahkan ada kes kebocoran radioaktif di kawasan KLIA, Sepang pic.twitter.com/BqFRmUYCUf

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI sedang memantau perkembangan insiden berkenaan.
#bahan radioaktif #bocor #Gudang Pos Aviation #insiden #JBPM #keselamatan #KLIA #Lembaga Perlesenan Tenaga Atom #syarikat penerbangan
;