Kebiasaannya Parlimen dibubar pada Rabu - Mohammad Redzuan
Hafiz Marzukhi
Januari 3, 2018 19:04 MYT
Januari 3, 2018 19:04 MYT
Jika dilihat kepada sejarah politik Malaysia, pembubaran Parlimen biasanya akan dibuat pada hari Rabu.
Ini pemerhatian yang dibuat Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman berdasarkan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.
"Bagi mereka yang mengkaji politik, dapat lihat biasanya Parlimen dibubar pada hari Rabu.
"Kenapa Rabu? Biasanya Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk urusan pembubaran," kata beliau.
Mohammad Redzuan bercakap ketika sidang media yang dikendalikan IDE di Shah Alam pada Selasa.