Kebakaran wad ICU HSA: #PrayForHSA trending di media sosial
Helmi Majid
Oktober 25, 2016 19:32 MYT
Oktober 25, 2016 19:32 MYT
Hashtag #PrayForHSA menjadi trending dengan pelbagai ucapan disampaikan susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang mengorbankan enam pesakit dan seorang lagi mengalami kecederaan teruk pagi Selasa.
Tiada kata dan ungkapan yang dapat menggambarkan impak insiden tersebut.
Antara yang turut berkongsikan ucapan di media sosial adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pelakon serta pengacara popular, Neelofa yang turut meluahkan rasa simpati atas insiden tersebut.
Tatkala ramai pengguna media sosial merakamkan ucapan takziah, netizen turut berpesan agar lebih sensitif dan berhati-hati dalam perkongsian mereka.
Ramai berkata elak perkongsian gambar mangsa atas dasar menghormati waris mangsa yang terkorban.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.