Kebakaran kilang di Subang Jaya, 200 pekerja terselamat

Astro Awani
Disember 20, 2018 18:26 MYT
Lima jentera dengan kekuatan 36 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Lebih 200 pekerja sebuah kilang perabut di Subang Jaya bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas premis itu dijilat api pada Khamis.
Lima jentera dengan kekuatan 36 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Selangor Norizham Mohdnudin berkata seramai 202 orang pekerja telah diselamatkan.
“Mangsa tidak ada di mana, seramai 202 orang pekerja telah dapat diselamatkan dengan kita membuat kiraan kepala dengan pihak keselamatan.
“Kesukaran setakat ini angin sahaja, yang lain tiada masalah,” katanya.
Menurut Norizham, api bagaimanapun berjaya dipadamkan pada jam 3.19 petang.
Tambahnya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#kebakaran kilang #kilang perabot #Kota Anggerik #Petaling Jaya #Puchong #shah alam #Subang Jaya
;