Kebakaran kecil di IOI City Mall

Bernama
Mac 21, 2018 12:53 MYT
Kebakaran yang berlaku kira-kira 10.30 pagi itu bagaimanapun dapat dikawal menerusi pemercik. - Foto Sinar Harian
Satu kebakaran kecil berlaku di IOI City Mall di sini melibatkan sebuah premis kesihatan dan penjagaan diri di aras bawah kompleks beli-belah itu pagi semalam.
Ketua Promosi dan Pengiklanan IOI City Mall Joyce Chew berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira 10.30 pagi Selasa itu bagaimanapun dapat dikawal menerusi pemercik.
Sebaik kejadian, pihak pengurusan melakukan pengungsian melibatkan kira-kira 300 pelanggan dan pekerja, selaras dengan prosedur keselamatan pusat beli-belah itu, katanya dalam kenyataan,
“Tiada kecederaan dilaporkan dan operasi pusat beli-belah bersambung semula kira-kira 11.30 pagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan yang mengesahkan kejadian berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian.
#IOI City Mall #Joyce Chew #kebakaran #keselamatan #kesihatan #operasi #pelanggan #pemercik #pusat beli-belah #siasatan
;