Kebakaran KBC berkemungkinan berpunca aktiviti penyelenggaraan - Bomba

Astro Awani
Julai 17, 2018 04:16 MYT
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang Khamis minggu lalu tiga buah tangki simpanan dengan lebih 20,000 liter padu minyak mentah telah musnah dalam kebakaran. - Foto fail Bernama
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran tiga tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) berpunca daripada aktiviti penyelenggaraan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM,Datuk Soiman Jahid berkata siasatan menyeluruh berhubung insiden itu masih dijalankan.
Jelasnya pihaknya menjangkakan laporan penuh akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
BACA: Operasi pemadaman kebakaran KBC tamat
BACA: Hentikan penyebaran berita palsu - Polis Terengganu
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang Khamis 5 Julai lalu tiga buah tangki simpanan dengan lebih 20,000 liter padu minyak mentah telah musnah dalam kebakaran.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.40 petang Sabtu, 8 Julai.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#bomba #Jabatan Bomba dan Penyelamat #KBC #kebakaran #Kemaman #Kemaman Bitumen Company #Malaysia #minyak #operasi #siasatan #tangki