Kebakaran Hutan Simpan Gunung Korbu berjaya dipadamkan
Abd Razak Mohd Ali
Mac 8, 2019 19:26 MYT
Mac 8, 2019 19:26 MYT
Kebakaran di kawasan Hutan Simpan Gunung Korbu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat.
Sehubungan itu, operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menggunakan dron milik Jabatan Perhutanan untuk membuat tinjauan bagi memastikan kawasan hutan yang terbakar telah padam sepenuhnya.
“Hasil pemantauan mendapati sayu tompokan asap dan ketua operasi telah mengarahkan untuk membuat tinjauan sekali lagi bagi memastikan ianya benar-benar telah padam,” katanya di sini.
Menurutnya, setelah semua kawasan tiada lagi tompokan asap, operasi ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari.
Kebakaran kira-kira 10 hektar hutan di kawasan itu mula dikesan pagi Selasa dan bomba terpaksa menggunakan teknik ‘water bombing’ atau bom air untuk memadamkan kebakaran, dengan bantuan helikopter Unit Udara JBPM.
#hutan simpan
#Hutan Simpan Gunung Korbu
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jabatan Perhutanan
#JBPM
#kebakaran hutan
#padam sepenuhnya
#tompokan asap