Kebakaran hutan dekat Lebuhraya Elite hampir padam sepenuhnya - Bomba

Hafiz Marzukhi
Mac 13, 2016 14:53 MYT
Jika keadaan cuaca mengizinkan, usaha pemadaman pihak bomba akan berakhir dalam masa terdekat. -Gambar hiasan
Kebakaran hutan berdekatan Lebuhraya Elite sejak awal Mac sudah 95 peratus dipadamkan.
Ketua Zon Selatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Abu Bakar Abdul Kadir berkata jika keadaan cuaca mengizinkan, usaha pemadaman pihak bomba akan berakhir dalam masa terdekat.
"Kebakaran sudah dapat dikawal.
"Namun masih ada sedikit hotspot yang perlu dipantau. Kami akan gunakan cara pemadaman secara terus (direct attack) ke tempat tersebut," kata beliau.
Tambahnya, usaha pihak bomba ketika ini tertumpu kepada pemantauan kawasan terbabit.
Usaha pemadaman kebakaran hutan tersebut mengambil masa lebih seminggu kerana ia melibatkan api di bawah tanah.
Oleh itu, proses serta tempoh pemadaman api adalah berbeza daripada kebiasaannya.
Siasatan awal pihak bomba mendapati kawasan tersebut dibakar dipercayai untuk tujuan pertanian.
#Abu Bakar Abdul Kadir #jabatan bomba #JBPM #kebakaran hutan #Lebuhraya Elite
;