Kebakaran Flat Sri Sabah: Anjing pengesan Jim dan Woody dibawa ke tingkat 17

Faida Rahim
Februari 12, 2024 11:40 MYT
Dua ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dibawa untuk membuat pemeriksaan di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dibawa untuk membuat pemeriksaan di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, pada Isnin.
Kedua-dua ekor anjing berkenaan dibawa oleh anggota Unit K9 tiba di lokasi pemeriksaan di flat terbabit sekitar jam 10.30 pagi.
Menurut JBPM, kedua-dua anjing pengesan itu - Jim dan Woody baka English Spanial memiliki pengalaman 13 tahun dalam operasi pengesanan mencari bahan bakar yang disengajakan.
Kehadiran Jim dan Woody bertujuan mencari bukti punca kebakaran yang memusnahkan lima unit rumah Flat Sri Sabah malam tadi.
#kebakaran #Flat Sri Sabah terbakar #Anjing pengesan #Jim dan Woody
;