Kebakaran besar di Selayang Prima

Astro Awani
Januari 11, 2013 10:49 MYT
Satu kebakaran besar yang di tempat pembuangan sampah dan barang lusuh di Selayang Prima petang Jumaat mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan berhampiran.
Ketiadaan pili bomba menyebabkan dua jentera tambahan dari Sungai Buloh dikejarkan untuk membantu operasi memadam kebakaran.
Bagaimanapun, api berjaya dikawal pada 3.15 petang dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian.
Menurut ketua balai bomba Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, punca kebakaran di tempat kejadian masih disiasat.
Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu.
#kebakaran #pembuangan sampah #Selayang #Selayang Prima