Penolong Pemgarah Operasi Janatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lelaki warga emas itu selamat dengan kesan lecur 20 peratus manakala anak lelakinya melecur kira-kira 10 peratus di kaki.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.54 pagi dan Balai Bomba dari Klang Selatan, Klang Utara dan Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu melibatkan dua buah rumah yang maing-masing musnah 40 dan 70 peratus.
Kedua-dua mangsa katanya dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
"Kita masih lagi menyiasat punca kebakaran," tambahnya.