Kebajikan veteran ATM tidak diabai

Bernama
Julai 14, 2018 05:18 MYT
Segala bentuk bantuan yang selayaknya diperoleh oleh semua golongan lapisan veteran ATM. - Gambar hiasan
Segala bentuk bantuan yang selayaknya diperoleh oleh semua golongan lapisan veteran ATM sama ada yang berpencen atau tidak berpencen masih diteruskan seperti biasa mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan media berkata kebajikan veteran ATM sentiasa dijaga dan penambahbaikan kepada bantuan sedia ada akan dibuat dari semasa ke semasa dengan mengambil kira kemampuan kewangan dan ekonomi kerajaan semasa.
"Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sentiasa membela dan menjaga kebajikan veteran ATM dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan kepada mereka sama ada yang berpencen atau tidak berpencen," menurut kenyataan itu.
Katanya antara bantuan-bantuan yang disediakan oleh JHEV termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Persekolahan atau Kolej Vokasional Kebangsaan (KVK), Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Politeknik, Bantuan Perubatan, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Pengurusan Jenazah dan Bantuan Perumahan (baik pulih dan bina baharu).
-- BERNAMA
#ATM #bantuan #Bantuan Bencana Alam #Bantuan Sara Hidup #ekonomi #Jabatan Hal Ehwal Veteran #JHEV #kebajikan #Kementerian Pertahanan #perubatan #tentera #veteran
;