Keadaan sedikit berjerebu di Singapura
Bernama
September 27, 2015 01:16 MYT
September 27, 2015 01:16 MYT
Singapura mengalami keadaan sedikit berjerebu pada Ahad.
Setakat 5 petang Ahad, indeks standard pencemaran (PSI) 24-jam dicatatkan dari 78 hingga 89, dalam julat sederhana.
Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) berkata, jerebu sederhana hingga tebal masih berlaku di bahagian tengah dan selatan Sumatra, dan sesetengah jerebu telah merebak ke kawasan laut di bahagian barat dan selatan Singapura.
Ia menyataan keadaan berjerebu dijangka berterusan hingga penghujung hari Ahad.
Untuk Isnin, angin utama diramal bertiup dari selatan dan selatan tenggara dan keadaan dijangka berjerebu.
PSI 24-jam untuk 24 jam berikutnya dijangka berada pada tahap rendah dan pertengahan dalam lengkongan tidak sihat, dengan kemungkinan memasuki tahap tinggi lengkongan tidak sihat jika angin bertiup membawa jerebu lebih tebal.