Keadaan di Low Yat terkawal - Khalid
Astro Awani
Julai 13, 2015 08:12 MYT
Julai 13, 2015 08:12 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengesahkan keadaan di Plaza Low Yat yang tegang akibat rusuhan oleh beberapa kumpulan pada Ahad adalah terkawal.
Menurut Abdul Khalid menerusi laman twitternya pada Ahad, pihak polis juga akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, pada Sabtu.
Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.
VIDEO: Kronologi rusuhan di Low Yat
Polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.
Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Insiden menyebabkan tujuh rakannya bertindak menyerang kedai terbabit.
Video pergaduhan pantas tersebar di laman sosial dan telah menarik perhatian ramai.
#gaduh KPDNKK
#kementerian perdagangan dalam negeri
#Khalid Abu Bakar
#Koperasi dan Kepenggunaan
#Low Yat
#Muez Abdul Aziz