Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih, hanya satu PPS dibuka

Nur Fazlizai Ali
Disember 21, 2021 12:01 MYT
Setakat ini hanya daerah Kemaman yang masih terjejas dan satu PPS diaktifkan. - Astro AWANI
KEMAMAN: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dan hanya sembilan mangsa melibatkan tiga keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, setakat ini hanya daerah Kemaman yang masih terjejas dan satu PPS diaktifkan.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.
Menurut laporan berkenaan pengurangan yang dicatatkan itu susulan penutupan dua buah PPS di daerah berkenaan pada Selasa.
Surau Kampung Ban Ho yang menempatkan 39 mangsa telah ditutup pada jam 9 pagi tadi.
Manakala pada jam 9.30 pagi PPS di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok yang menempatkan 15 mangsa juga telah ditutup.
Pada Isnin seramai 63 mangsa daripada 13 keluarga berada di tiga PPS di Kemaman.
Bagaimanapun sebahagian mangsa telah pulang secara berperingkat berikutan banjir di kawasan kediaman mereka mulai surut.
#banjir #mangsa #PPS #terengganu
;