Keadaan banjir di Perlis makin pulih

Bernama
Disember 3, 2017 23:50 MYT
Keadaan banjir di Perlis semakin pulih malam ini, dengan hanya beberapa kawasan di sekitar Kangar dan Padang Besar masih digenangi air. - BERNAMA/Fail
Keadaan banjir di Perlis semakin pulih setakat 8 malam ini, dengan hanya beberapa kawasan di sekitar Kangar dan Padang Besar masih digenangi air.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis dalam kenyataannya berkata kawasan Paya, Padang Melangit dan Kampung Padang Malau di Padang Besar belum pulih sepenuhnya ekoran limpahan dari air sungai berhampiran.
"Beberapa rumah di Kampung Belanga Pudak di Kangar telah dinaiki air dan pemantauan berskala diteruskan oleh APM di kawasan berisiko," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, pemantauan paras air di sekitar sungai-sungai yang berisiko juga kembali normal dan tidak lagi berada dalam keadaan berbahaya.
Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri, dekat sini masih kekal 20 orang membabitkan lapan keluarga.
-- BERNAMA
#angkatan pertahanan awam #banjir Perlis #MRSM Beseri #padang besar #pusat pemindahan
;