Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata prestasi ekonomi ini disokong oleh pengukuhan dalam sektor pembuatan dan pemulihan sektor pertanian.
Bagaimanapun, ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2021 menyusut secara marginal sebanyak 0.5 peratus berbanding negatif 3.4 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2020.
"Sekiranya Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan 'total lockdown' bermula pada 25 Mei hingga 7 Jun 2021 seperti yang berlaku dalam tempoh PKP 1.0, momentum pertumbuhan ini akan terjejas.
"Kerajaan menjangkakan bahawa ramalan pertumbuhan 2021 sebanyak 6.0 hingga 7.5 peratus dapat dicapai sekiranya krisis kesihatan ini dapat distabilkan selepas berakhirnya PKP 3.0.
"Total lockdown akan menyebabkan kadar penggangguran meningkat dengan mendadak, bilangan isi rumah miskin akan bertambah, prestasi syarikat kecil dan besar akan terjejas dan kedudukan fiskal akan berada dalam keadaan yang lebih mencabar," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Sidang media itu dibuat beliau seiring pengumuman Penunjuk Ekonomi Malaysia (PEM): Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Mac 2021.
PEM merupakan indikator yang memberi gambaran tentang prospek ekonomi negara bagi empat hingga enam bulan ke hadapan.
Menurut beliau, indikator itu dapat membantu penggubal dasar, pelabur, penyelidik serta masyarakat umum untuk mendapat gambaran tentang hala tuju ekonomi negara dalam tempoh empat hingga enam bulan ke hadapan.
"Pada Mac 2021, Indeks Pelopor (IP) mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 17.3 peratus, berbanding dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus pada Januari dan 8.6 peratus pada Februari 2021," jelasnya.
Pada bulan Mac 2021, kesemua tujuh komponen IP mencatatkan peningkatan berbanding Mac 2020, seperti berikut:
i. Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan yang melonjak sebanyak 160.7 peratus.
ii. Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain yang turut mencatatkan 129.4 peratus.
iii. Bilangan Syarikat Baru Didaftar meningkat sebanyak 105.3 peratus.
iv. Indeks Perusahaan Bursa Malaysia meningkat sebanyak 74.3 peratus.
v. Import Benar Semi Konduktur meningkat 31.3 peratus.
vi. Penawaran Wang Benar, M1 turut meningkat 17.1 peratus.
vii. Jangkaan Nilai Jualan di sektor Pembuatan yang meningkat 6.5 peratus.