KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Bernama
Disember 29, 2017 13:02 MYT
Disember 29, 2017 13:02 MYT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.
Beliau berkata warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
"Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum," katanya.
Senarai tajuk penerbitan yang dilarang:
- Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia
"Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301," katanya.
Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di http://moha.spab.gov.my
--BERNAMA