KDN tarik balik penggantungan The Heat

Astro Awani
Januari 27, 2014 10:06 MYT
Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat.
Suatu kenyataan rasmi dalam laman web The Ant Daily yang dimiliki oleh HCK Media Group yang turut memiliki The Heat,mengesahkan perkara ini.
Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik penggantungan The Heat, membolehkan akhbar mingguan ini meneruskan operasinya tanpa apa-apa perubahan kepada permit penerbitan semasanya.
"Ketua Pengarang The Heat, David Lee hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada penerbit akhbar mingguan itu, Satria Kiara Sdn Bhd di dalam sebuah surat bertarikh 24 Januari, 2014 yang ditandatangani oleh Ketua bahagian Penerbitan dan Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, bagi pihak Ketua Setiausaha kementerian itu.
The Heat digantung pada 19 Disember.
Sementara itu, Lee, ketika dihubungi Astro AWANi berkata penerbitan itu telah mendapatkan lesen kembali hari ini.
"Sudah tentu kakitangan telah menunggu untuk ini, mereka gembira. Sekarang kita akan kembali dalam perniagaan tidak lama lagi. Tarikh itu masih sedang ditetapkan. Mungkin selepas Tahun Baru Cina, "katanya.
Sebelum ini, kementerian telah berkata, The Heat telah digantung kerana penerbitan itu tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan.
#ditarik balik #gantung #Kementerian Dalam Negeri #The heat