KDN siasat kesahihan laporan korupsi penguatkuasa sempadan - Ahmad Zahid

Israr Khalid
Jun 4, 2015 15:40 MYT
Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan perkara tersebut benar-benar berlaku. - Foto Fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menyiasat kesahihan laporan yang mendakwa, 80 peratus pegawai penguatkuasa di persempadanan negara terlibat dalam korupsi.
Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan perkara tersebut benar-benar berlaku.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ketika ini tidak dapat mengesahkan kebenaran laporan itu.
“Kita sedang siasat laporan itu kerana ia datang daripada cawangan khas PDRM. Buat masa sekarang kita sedang menyiasat siapakah yang mengesahkan berita berkenaan,” katanya.
Setakat ini hanya lapan orang anggota penguatkuasa telah ditahan dan dijalankan siasatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan di sempadan.
BACA:
'Tanya ketua pengarah SB,' kata KPN mengenai penguatkuasa sempadan terlibat rasuah
Pada masa sama, Ahmad Zahid memberitahu, penguatkuasaan di sempadan akan dipertingkat dengan jalinan kerjasama antara Kementerian Pertahanan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agensi di bawah KDN.
Namun tegasnya, kawalan dapat diperkukuh dengan pembinaan tembok atau pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya pada Khamis.
#cawangan khas #Dr Ahmad Zahid Hamidi #jenayah #Rasuah #sb
;