PUTRAJAYA: Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas melibatkan nilai keseluruhan RM1.2 juta dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di seluruh negara pada 1 hingga 14 Jun lepas.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata sepanjang operasi yang dijalankan di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah itu, sebanyak 1,759 premis diperiksa dengan 119 kertas siasatan telah dibuka.
Beliau berkata sebanyak 50 individu membabitkan 47 lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing telah ditahan, terdiri daripada mereka yang berusia 20 hingga 90 tahun.
"Kita buat risikan dalam talian, di premis perniagaan yang dijadikan tempat simpanan dan penjualan hasil rampasan itu.
"Adalah menjadi kesalahan mengguna mesin cetak tanpa lesen sah atau memiliki hasil penerbitan yang dianggap jelik seperti buku, majalah, pakaian atau aksesori berkaitan perkara lucah iaitu ia bertentangan dengan nilai dan sosiobudaya masyarakat di negara ini," katanya dalam sidang media berkaitan Ops Cetak 1.0 di sini hari ini.
Beliau berkata daripada keseluruhan barang rampasan itu, sebanyak 15,602 unit alat mainan seks bernilai RM540,000 dipercayai dibawa masuk dari China dan Jepun.
Beliau berkata KDN turut menyita mesin cetak di tiga premis cetakan haram di sekitar Seri Kembangan dan Klang, Selangor dianggarkan bernilai RM600,000.
"Tindakan ini diambil berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 3(4) dan 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984)," katanya.
Nik Yusaimi berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam, keselamatan negara atau menggemparkan fikiran orang ramai.
Katanya, individu terbabit aktiviti itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Nik Yusaimi (tiga, kanan) ketika sidang media berkenaan Ops Cetak 1.0 Banteras Pelbagai Penerbitan Jelik di KDN hari ini. - Foto Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.