KDN kemuka tempoh lanjutan pengusiran penceroboh
Astro Awani
Februari 23, 2013 15:23 MYT
Februari 23, 2013 15:23 MYT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra mengenai permohonan kerajaan Filipina yang meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah hingga Selasa ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika permohonan terbabit dipersetujui, ia tidak akan mengambil masa lama.
Katanya, kerajaan perlu bertegas dan tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Parlimen Sembrong di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kluang, Johor.
Mengulas lanjut mengenai pengusiran kumpulan itu Hishammuddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada pasukan polis untuk operasi selanjutnya.
Tegasnya orang ramai perlu faham situasi yang berlaku di mana ia amat kompleks dan berbeza dengan beberapa insiden sebelum ini.