Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) permohonan kewarganegaraan bagi memastikan setiap permohonan dapat dipertimbangkan secara lebih teliti, adil dan cepat.
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah SOP baharu yang dirangka oleh KDN, terdapat garis panduan yang lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan kewarganegaraan khususnya di bawah Perkara 15A.
Langkah itu bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira faktor kebajikan anak yang memohon taraf kewarganegaraan dan membabitkan tempoh masa yang dipendekkan daripada tiga tahun kepada paling lama hanya satu tahun.
"Saya amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang terpaksa menjalani kehidupan tanpa status warganegara untuk sekian lama," katanya pada majlis penyampaian surat kelulusan kewarganegaraan Malaysia kepada 31 orang di UTC Kuching di sini, hari ini.
Majlis berkenaan sebahagian daripada janji dalam manisfesto Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh penduduk di negara ini termasuk di Sarawak.
Muhyiddin turut menegaskan tidak ada pintu belakang dalam meluluskan permohonan kewarganegaraan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"Dalam membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu permohonan, saya dibantu oleh para pegawai yang profesional dalam menjalankan tugas mereka dan setiap satu permohonan beserta dokumen pembuktian akan diteliti dengan rapi," katanya.
Mengenai inisiatif, Muhyiddin berkata KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu pengenalan diri dan kewarganegaraan terutamanya di Sarawak.
Ini termasuk menambah baik penyampaian perkhidmatan secara berterusan menerusi pelaksanaan Program Turun Padang dan perkhidmatan Unit Mobile dan Bus Mobile di negeri ini.
Beliau berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan untuk memastikan setiap permohonan yang layak dapat diterima di samping memberi kesedaran dan kefahaman kepada pemohon melalui khidmat nasihat berkaitan permohonan kewarganegaraan.
"Sehubungan itu, saya amat menyambut baik penglibatan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri PH di Sarawak untuk bekerjasama dengan JPN Negeri Sarawak dalam memudah cara permohonan kewarganegaraan bagi penduduk di negeri ini," katanya.
Kemudian beliau turut mengadakan walkabout sekitar UTC Kuching untuk melihat sendiri urusan yang dijalankan di kaunter JPN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
--BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
![KDN diarah kaji semula SOP permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin KDN diarah kaji semula SOP permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553169019_MenteriDalamNegeri.jpg)
Muhyiddin menegaskan tidak ada pintu belakang dalam meluluskan permohonan kewarganegaraan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. -Gambar fail
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
![Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022 Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716973928_JPN.jpg)
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.
![Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716977916_BadrulHishamAlias.jpg)
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.
![3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN 3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
![JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710584928_TBBADRULHISHAMDUNGUN.jpg)
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
![Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709090874_TBJPNjpg.jpg)
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
![Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705574738_JabatanPendaftaran.jpg)
Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.
![Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700035051_TBZAMRIMISMANj.jpg)
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.
![JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601463324_JabatanPendaftaran.jpg)
JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan
Menurut JPN, proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.
![Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698227134_JPN.jpg)
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
![Permohonan warganegara kini hanya 14 hari - Saifuddin Permohonan warganegara kini hanya 14 hari - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698210994_SaifuddinNasution.jpg)
Permohonan warganegara kini hanya 14 hari - Saifuddin
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara.