KDN benarkan Vishwaroopam ditayang

Teoh El Sen
Februari 19, 2013 13:24 MYT
Kementerian Dalam Negeri telah membenarkan tayangan filem kontroversi Tamil "Vishwaroopam", berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF) Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata keputusan untuk membenarkan tayangan filem lakonan Kamal Hassan telah dibuat selepas berunding dengan pelbagai pihak, termasuk JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
"Pihak JAKIM melalui Ketua Pengarahnya telah menyatakan persetujuan untuk pihak KDN membenarkan semula tayangan filem Vishwaroopam setelah berpuas hati dengan potongan-potongan yang telah dilakukan oleh pihak LPF ke atas filem tersebut,” kata Raja Azahar.
Raja Azahar menekankan kebenaran ini dibuat dengan syarat pihak pengedar mematuhi sepenuhnya potongan tambahan yang perlu dibuat ke atas filem tersebut.
“Penarikan semula arahan penangguhan tayangan ini adalah berkuat kuasa pada hari ini,” katanya.
Memperincikan urutan peristiwa, Raja Azahar berkata filem itu mula-mula ditayang di beberapa negara sejak Jan 25, tetapi mencetuskan kontroversi kerana didakwa mempunyai bab yang menghina Islam.
Katanya, terdapat juga protes di beberapa negeri di Tamil Nadu dan Mahkamah Tinggi Madras telah mengeluarkan perintah untuk menghentikan filem itu daripada ditayang buat sementara.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan arahan penangguhan tayangan pada 25 Januari bagi tujuan kajian semula setelah menerima aduan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam antaranya yang mewakili kaum India Muslim,” kata Raja Azahar.
Kementerian Dalam Negeri juga telah menerima surat dari KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) dan PERMIM (Persekutuan Persatuan India Muslim Malaysia) meminta lembaga untuk mengkaji filem dan memotong bab-bab sensitif yang tidak sesuai untuk tatapan umum.
"Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan sebuah panel khas yang terdiri daripada LPF dan JAKIM untuk mengkaji filem melalui pelbagai sudut seperti agama dan keselamatan," kata Raja Azahar, sambil menambah bahawa dua sesi perbincangan telah diadakan.
Ia telah dilaporkan sebelum ini bahawa terdapat satu perjanjian di antara NGO dan pengedar tempatan untuk mempunyai 16 adegan disenyapkan, mengambil sehingga 30 minit masa jangka filem.
Pada Jan 29, Madra Mahkamah Tinggi di India membenarkan filem itu akan ditunjukkan di Tamil Nadu, dengan potongan tambahan dibuat.
Vishwaroopam merupakan thriller pengintip ditulis, diarahkan dan dihasilkan oleh Kamal Hassan, 58.
#kamal hassan #Vishwaroopam
;