KUALA LUMPUR: Kapal Diraja (KD) Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat (AS) dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022, pada Selasa lalu.
Kapal jenis korvet milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai eksesais maritim antarabangsa terbesar itu mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia.
Penembakan oleh KD Lekir itu disaksikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di K Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.
Mohd Reza Mohd San berkata, RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability antara angkatan laut yang mengambil bahagian.
"Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang menambah nilai profesionalisme kru KD LEKIR," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Sasaran yang digunakan adalah Ex-USS Rodney M Davis, sebuah kapal perang peluru berpandu kelas Oliver Hazard Perry (OHP).
RIMPAC 2022 bermula 29 Jun lalu hingga 4 Ogos depan dilaksanakan di sekitar kepulauan Hawaii dan selatan Calfornia. Ia adalah eksesais ke-28 dalam siri yang bermula pada 1971.
Selepas dua minggu di pelabuhan, peserta RIMPAC keluar untuk latihan di laut selama 22 hari mulai 11 Julai yang melibatkan 38 kapal, empat kapal selam dan lebih 170 pesawat milik 26 negara.
Ini kali kedua TLDM menyertai RIMPAC selepas KD Lekiu mengambil bahagian pada 2018. Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini menyediakan peluang latihan bersama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta.
Astro Awani
Sat Jul 16 2022

Kapal jenis korvet milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyertai eksesais maritim antarabangsa terbesar itu mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia. - Gambar TLDM

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Empat anggota TLDM ditemui selamat selepas hilang di perairan Sabah
Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, bot tempur atau 'Rigid Hull Inflatable Boat' (RIB) bersama empat anggota itu ditemui oleh kapal KD Lekir pada pukul 10.30 pagi.