KBS agih topeng muka, cecair pembasmi kuman kepada pekerja ekonomi GIG

Fauzi Suhaimi
Mac 27, 2020 10:33 MYT
Reezal Merican berkata, pengagihan itu diberikan di empat lokasi berlainan pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Sebanyak 5,000 penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman diagihkan secara percuma kepada mereka yang bekerja dalam pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas (ekonomi GIG).
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengagihan itu diberikan di empat lokasi berlainan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang Jumaat.

Selamat datang Riders ke KBS, jemput juga rider-rider lain untuk mengambil Face Masks & Sanitizer di lobby KBS dan 4 lokasi lain. pic.twitter.com/8uteWv6doQ

— Reezal Merican (@reezalmerican72) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"KBS proaktif untuk membantu mereka yang bekerja dalam GIG Ekonomi seperti penghantar makanan GrabFood dan FoodPanda berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan.
"Kita mesti bantu petugas barisan hadapan ini dan lokasi agihan ialah di Menara KBS di Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur; Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Negeri Sembilan di Paroi serta di Spacerubix, Puchong, Selangor," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Jumaat.
#Belia #COVID-19 #ekonomi #KBS #Kuala Lumpur #menteri #Negeri Sembilan #Putrajaya #Reezal #Reezal Merican #Reezal Merican Naina Merican #sukan #topeng mulut dan hidung #Twitter
;