Kayveas sedia jika tidak dicalonkan dalam PRU13

Astro Awani
Februari 12, 2013 20:11 MYT
"Saya bersedia sekiranya tidak tercalon dalam pilihan raya umum ke 13."
Demikian kenyataan presiden parti progresif penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas yang menambah fokusnya kini hanya terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN).
Munurut Kayveas, kemenangan pembangkang dilihat akan menyebabkan kehancuran generasi akan dating.
Beliau berkata demikian semasa hadir ke rumah terbuka Tahun Baru Cina pengerusi PPP Melaka Senator Datuk Chiew Tiang Chai.
Kayveas tewas kepada calon DAP Nga Kor Ming pada pilihan raya umum ke 12.
Di majlis yang sama, Kayveas mengumumkan untuk melepaskan kerusi Taiping, Perak yang ditandinginya sebelum ini kepada parti Gerakan.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin menawan beberapa kerusi milik DAP di negeri itu.
Keputusan pilihan raya sebelum ini meletakkan DAP menguasai satu kerusi Parlimen dan lima dewan undangan negeri (DUN) di Melaka.
Melaka memiliki 28 DUN dan enam Parlimen.
#Datuk Seri M. Kayveas #Parti Progresif Penduduk (PPP) #Taiping
;