LABUAN:Pihak berkuasa telah menutup kawasan Projek Pembangunan Perumahan Bandar di Kampung Sungai Bangat di sini, selepas lapan kes positif COVID-19 dikesan hari ini.
"Kami segera menutup tapak pembinaan dan rumah kongsi (di kawasan itu) awal hari ini, meninggalkan 37 pekerja dan ahli keluarga mereka di tempat tinggal mereka di sana," kata Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad.
"Nasihat kami kepada penduduk yang tinggal dekat dengan lokasi pembinaan dan rumah kongsi adalah untuk kekal tenang dan tidak panik kerana kami telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah penularan virus," katanya kepada Bernama.
Muhamad Farid berkata, operasi sanitasi dilakukan di rumah kongsi terbabit pagi tadi.
Tujuh pekerja dan seorang pelajar yang tinggal di tempat tinggal sementara pekerja pembinaan itu didapati positif dalam saringan COVID-19 pagi ini. Mereka dibawa ke hospital kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata anggota polis akan dikerahkan di sana sepanjang masa untuk mengelakkan pekerja berkenaan meninggalkan kawasan itu.
Muhamad Farid berkata, penduduk Taman Mutiara yang terletak berhampiran dengan tapak pembinaan itu masih boleh bergerak dengan bebas seperti biasa.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 rumah satu tingkat yang terletak hanya beberapa meter dari tapak projek.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Bangat di Labuan adalah antara lima kluster baharu COVID-19 yang dikenal pasti hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
Anggota polis akan dikerahkan di sana sepanjang masa untuk mengelakkan pekerja berkenaan meninggalkan kawasan itu. -Bernama
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Kawasan projek pembangunan rumah bandar di Kampung Sungai Bangat ditutup
Pihak berkuasa menutup kawasan Projek Pembangunan Perumahan Bandar di Kampung Sungai Bangat, selepas lapan kes positif disahkan.