Kawasaki perkenal Ninja ZX-25R, jentera 250cc terbaharu dengan 4 silinder
Afiezy Azaman
Oktober 23, 2019 10:08 MYT
Oktober 23, 2019 10:08 MYT
PENGGEMAR motosikal berkuasa besar pasti tercari-cari apakah model yang bersesuaian dan menarik di samping mempunyai kuasa yang cukup untuk menelusuri jalan raya.
Sejak khabar angin bertiup kencang awal tahun ini bahawa Kawasaki sedang membangunkan kembali enjin 250cc yang mempunyai empat silinder, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah rupa bentuk dan kemampuan kuasa yang mampu dicapai.
Desas-desus mengenai perkara itu akhirnya terjawab apabila Kawasaki memperkenalkan model tersebut melalui Pertunjukan Motor Tokyo yang berlangsung bermula 23 October hingga 4 November 2019.
Astro AWANI berjaya mendapatkan gambar-gambar awal untuk dipaparkan kepada anda.
Berdasarkan spesifikasi, model ZX-250R mendapat tetapan yang bersesuaian dengan litar lumba walaupun diklasifikasikan sebagai jentera ‘entry-level’.
Antara ciri premiumnya adalah lampu LED, konsol digital serta teknologi ride-by-wire selain daripada upside down fork dan linked monoshock.
Di samping itu, terdapat juga Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan Power Mode!
Difahamkan, Model ZX-25R ini akan mempunyai dua versi. Jika dilihat, model ini mirip dengan model premium Kawasaki atau ‘abangnya’ seperti Ninja ZX-6R serta Ninja ZX-10R.
Bagaimanapun setakat ini, jumlah kuasa kuda (horse power) masih belum didedahkan sama ada 49HP atau 60HP seperti yang digembar-gemburkan.
Namun jika melebihi 49HP ini bermakna ia mengungguli motosikal versi 250cc yang lain serta melebihi kuasa motosikal yang menggunakan enjin dua silinder seperti Ninja 300cc, Ninja 400cc dan jenama lain seperti Honda CBR500R.
Model baharu ini dijangka akan dilancarkan di Asia sekitar tahun depan.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada Kawasaki bila model ini akan dilancarkan di Malaysia dan berapakah harga yang ditawarkan.
Nantikan!
#4 silinder
#cc lebih tinggi
#enjin 250cc
#Kawasaki NINJA ZX-25R
#Kawasaki Traction Control
#motosikal berkuasa besar
#Pertunjukan Motor Tokyo