Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
Astro Awani
Februari 10, 2020 16:47 MYT
Februari 10, 2020 16:47 MYT
Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan akan diperkukuh melalui hubungan bilateral dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Langkah kesiapsiagaan ini diambil sebagai persediaan menghadapi pembangunan ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan Timur.
Menurut Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu, sempadan Sarawak dan Kalimantan tidak punyai masalah terhadap aspek kawalan, menjaga persempadanan dan akan terus dikekalkan.
“Perancangan untuk menambahkan pos tu sudah ada dan selesai dirancangkan sebelum ini,” ujarnya.
Bagaimanapun pembangunan ibu kota baharu ini akan meningkatkan bilangan pergerakan keluar masuk di bahagian sempadan.
Justeru rondaan di kawasan terlibat akan kerap dilakukan terutama di laluan-laluan tikus.
“Kerjasama adalah penting dan pada saya pertukaran maklumat tu adalah penting, kita ada latihan bersama, kita ada rondaan bersama dan pertukaran lawatan sering dilakukan sebanyak setahun dua kali.”
Tambahnya lagi, hubungan bilateral ini juga membukitkan kesungguhan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan sebarang isu dengan baik.