'Kawal nafsu dalam berbelanja, daripada merungut tentang harga barang naik'

Astro Awani
November 6, 2013 07:28 MYT
-gambar arkib
‘Kawal nafsu dalam berbelanja, daripada merungut tentang harga barang naik.’
Dengan kos sara hidup yang meningkat di negara kita, ini saranan daripada rakyat dan juga beberapa NGO dan pakar kewangan.
Dalam Awani745 semalam, hos Ashwad Ismail menemuramah Ketua Pegawai Eksekitif Yayasan Datuk Saifuddin Abdullah; Pengasas Utama HIJRAH Wealth Management Rohani Mohd Shahir serta Prof Madya Dr Ashraf Wajidi Dusuki dari Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
Ashraf berkata kesederhanaan merupakan salah satu prinsip utama dalam Islam bila berbelanja dan orang-orang yang ‘kategori iman tinggi’ adalah orang yang tidak boros.
Walaupun beliau juga berkata ia agak mustahil untuk seseorang untuk tiada hutang, Ashraf turut berkata Quran menyatakan seorang Islam perlu jauhi daripada berhutang.
Ujar Saifuddin pula, kerajaan juga perlu menunjuk teladan kepada rakyat.
“Upacara tidak perlu bazir, kalau ada program, kita fokus pada kandungan. Jangan belanja atas t-shirt dan topi,” katanya.
Rohani pula telah berkongsi satu ‘formula kekayaan’ untuk orang muda simpan dan labur pendapatan.
#Ashwad Ismail #AWANI745 #Dr Ashraf Wajidi Dusuki #HIJRAH Wealth Management #Rohani Mohd Shahir #Saifuddin Abdullah #Yayasan Dakwah Islam Malaysia
;