Kaunter perkhidmatan percukaian LHDNM beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai

Astro Awani
Jun 30, 2021 12:29 MYT
LHDNM menasihatkan para pelanggan yang menghadiri janji temu untuk sentiasa mengemaskini Status Risiko COVID-19 masing-masing pada aplikasi MySejahtera.
KUALA LUMPUR: Semua kaunter perkhidmatan percukaian di pejabat Cawangan, Pusat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai ini.
LHDNM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan waktu operasi kaunter perkhidmatan percukaian ialah dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri).
Para pelanggan yang ingin hadir boleh membuat janji temu secara dalam talian (e-Janji Temu) dengan melayari portal rasmi LHDNM.
Para pelanggan yang bakal menghadiri janji temu juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini Status Risiko COVID-19 masing-masing pada aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan LHDNM di Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
#COVID-19 #MySejahtera #dalam talian #LHDNM #PKH #SOP #e-Janji Temu #HASiL Live Chat #Hasil Care Line
;