Kaunter bayaran LHDN di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu distruktur semula
Astro Awani
Februari 9, 2021 20:01 MYT
Februari 9, 2021 20:01 MYT
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan melakukan penstrukturan semula perkhidmatan kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, LHDN memaklumkan penstrukturan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian dan meningkatkan kecekapan proses pemungutan cukai.
Menurut kenyataan itu lagi, bermula 1 April 2021, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Bayaran LHDN hanya akan menerima bayaran seperti berikut:
1) Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3 peratus oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502)
2) Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara)
3) Cukai Pegangan
4) Bayaran Kompaun
5) Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit / kad debit
Dalam pada itu, LHDN berkata lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan akan dihentikan penerimaannya di kaunter.
Jelasnya, kaedah bayaran boleh dibuat seperti berikut:
1) MyTax pada portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’
2) Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN
3) Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN
4) Mesin deposit tunai / cek bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN
5) Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN
Sementara itu, bagi pembayaran menerusi Pos Malaysia, dan dan medium ebayaran, beberapa makumat diperlukan untuk proses tersebut.
“Nombor rujukan fail cukai pendapatan pembayar cukai, nama dan nombor MyKad pembayar cukai, Tahun Taksiran dan bilangan ansuran, kod bayaran cukai amaun bayaran diperlukan dalam pembayaran itu.
"Slip pengesahan bayaran cukai di Pos Malaysia dan bank atau slip pengesahan transaksi yang sah menggunakan medium bayaran disenaraikan adalah diterima oleh LHDN sebagai bukti bayaran atau resit pembayaran,” menurut kenyataan itu.
#LHDN
#cukai
#bank
#Kuala Lumpur
#Kota Kinabalu
#Kuching
#ATM
#Malaysia
#pos malaysia
#POS
#kerajaan