Kastam KLIA patahkan cubaan seludup gading gajah dari Congo

Astro Awani
Januari 4, 2017 07:15 MYT
Penemuan itu terbongkar apabila pihak kastam mengesan 17 kotak mencurigakan di Gudang Kargo Udara, Zon Bebas KLIA pada 1 Januari lalu. - Foto Bernama
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan percubaan penyeludupan gading gajah bernilai RM7.2 juta, empat hari lalu.
Penemuan itu terbongkar apabila pihak kastam mengesan 17 kotak mencurigakan di Gudang Kargo Udara, Zon Bebas KLIA pada 1 Januari lalu.
Hasil pemeriksaan itu, kastam menemui lebih 846 kilogram gading gajah.
“Kita telah pun menyiasat dan menepati bahawa gading gajah ini diimport ke Malaysia melalui KLIA, Mas Kargo dan pengimportnya dikesan.
"Kita dapati semua dokumen-dokumen palsu siasatan didapati mengunakan dokumen-dokumen palsu yang sedang dibuat di pihak kastam.
"Ini adalah sesuatu aktiviti penyeludupan menyalahi undang-undang dilarang bawah perintah kastam, di bawah jadual satu bahagian tiga. Siasatan sedang dibuat setakat ini masih belum tangkapan dibuat,” katanya ketika sidang media di sini pada Rabu.
Kotak mengandungi gading gajah itu tiba melalui penerbangan Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa, Republik Demokratik Congo dan melalui transit di Lapangan Terbang Atatuk, Istanbul Turki sebelum tiba di KLIA.
Datuk Hamzah berkata rampasan itu adalah yang terbesar untuk tempoh 4 hari pertama tahun 2017.
Pihaknya juga akan terus mengetatkan kawalan dan pemeriksaan di KLIA bagi mengelak pintu masuk negara itu menjadi transit sindiket penyelupan antarabangsa.
Bagi tangkapan pada tahun 2016 sebanyak 9 kes dan kastam berjaya merampas 1 ribu 254 kilogram yang bernilai RM10 juta.
#gading gajah #kastam KLIA #Republik Demokratik Congo #seludup gading
;