Kastam Kelantan rampas mercun bernilai hampir setengah juta ringgit
Astro Awani
Jun 2, 2014 12:35 MYT
Jun 2, 2014 12:35 MYT
Jabatan Kastam Di Raja Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM492,151 dalam satu operasi di sebuah ladang kelapa sawit di sini.
Pengarahnya, Datuk Aziz Yacub berkata, rampasan terbesar dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2014 itu dipercayai untuk pasaran tiga buah negeri pantai timur negara.
Katanya, kesemua mercun terbabit melibatkan nilai RM185,3410 dengan cukai bernilai RM305,811.
Mengulas lanjut kes itu, beliau berkata pihaknya mengadakan intipan di sebuah ladang kelapa sawit di FELDA Bukit Tandak, sebelum serbuan dibuat pada pukul 4.45 pagi Sabtu.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun gagal dikesan.
Lori terbabit ditinggalkan di ladang kelapa sawit itu sementara kerja pemunggahan mercun dan bunga api dilakukan dari Sungai Golok.
Hasil pemeriksaan menenemui 424 kotak mercun dengan berat 9,267 kilogram.
Tambah Aziz, pihaknya turut percaya sindiket itu telah lama menjalankan kerja penyeludupan bunga api dan mercun yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum tidak melebihi 10 kali ganda nilai barangan atau 20 kali atau penjara tidak melebihi tiga tahun.