KOTA KINABALU: Kasih ditunjukkan rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo menunjukkan manifestasi rasa sayang yang amat besar buat Malaysia.
Rakyat Sabah yang ditemui menjelaskan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua utama negara bagi Persekutuan Malaysia, justeru kasih itu memperlihatkan kesetiaan rakyat Sabah untuk bersama rakyat Sarawak dan penduduk di Semenanjung bernaung di bawah Seri Paduka, seterusnya mencerminkan kesetiaan kepada Malaysia.
Wakil Ketua Anak Negeri Kawang Bashirin Min, 75, berkata rakyat Sabah dari segenap pelosok akar umbi negeri ini sanggup datang untuk menyambut Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, malah sanggup mengharung panas serta hujan lebat, dan ini menunjukkan rasa sayang yang amat besar kepada negara.
"Rakyat Sabah beruntung bernaung bawah Seri Paduka yang tidak memilih siapa untuk jumpa. Semua di mata Seri Paduka sama rakyatnya. Al-Sultan Abdullah mesra dan berkali-kali meluahkan rasa sayang kepada rakyat Sabah. Melihat ketua utama negara kami begini, setia kami kepada Malaysia itu semakin menebal," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berkata sikap Seri Paduka itu harus menjadi ikutan buat semua pemimpin yang diberi amanah mengemudi Sabah serta Malaysia bagi membolehkan negeri dan negara ini dimajukan, selain perpaduan dalam kalangan rakyat dikukuhkan.
Ketua Kampung Lapasan Simon Ganjun berkata kasih sayang itu juga menunjukkan rakyat Sabah menjunjung tinggi harapan Al-Sultan Abdullah yang mahukan kesatuan jitu antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijadikan kekuatan utama membentuk Malaysia yang dizahirkan pada 16 Sept 1963.
"Seri Paduka bertitah mahu bina jambatan silaturahim, kukuhkan perpaduan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung dengan keberangkatan dalam Kembara Kenali Borneo ini, jadi sambutan daripada kami itu tunjukkan bahawa kami mahu tunaikan hasrat itu dengan sepenuh hati," katanya.
Simon, 55, berkata 'sudah terang lagi bersuluh' rakyat Sabah mahu terus membangun bersama Malaysia sejak bersama membentuk negara ini 60 tahun lepas, justeru pihak tidak bertanggungjawab perlu menghentikan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan hubungan rapat rakyat tiga wilayah bawah naungan Seri Paduka itu.
Bagi pesara kerajaan Sapar Sarikun, 67, dari Kampung Baru, Papar, kesediaan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendengar sendiri keluh resah rakyat, malah bertitah mahu negeri ini dimajukan selain masalah rakyat terutama bekalan air, elektrik dan jalan raya diselesaikan, menambat hati rakyat negeri ini.
"Seri Paduka berdua prihatin sampai catit sendiri aduan rakyat dan mahu suarakan kepada Kerajaan Persekutuan. Apabila ketua utama negara sendiri sanggup berbuat demikian, sudah tentu kita akan jadi lebih setia malah sanggup bersama susah senang bersama Malaysia," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata beliau melihat sendiri kasih sayang rakyat Sabah kepada Seri Paduka berdua apabila menjadi antara menteri pengiring dalam Kembara Kenali Borneo itu.
Beliau berkata keberangkatan Seri Paduka berdua itu dilihat dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat bukan sahaja di Sabah tetapi juga rakyat di Sarawak dan Semenanjung, malah beliau menyokong sekiranya program seumpamanya diteruskan pada masa hadapan.
"Saya fikir kembara ini menzahirkan rasa kasih sayang kecintaan tanah air itu kepada Seri Paduka selaku payung pemerintahan negara, bukan hanya wilayah tertentu sebaliknya semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Kita bersama cari titik persamaan.
"Itu agenda besar untuk akhirnya kita sama-sama bergerak ke satu arah pastikan rakyat negeri dan tanah air kita makmur selain menganjak pembangunan itu ke lebih jauh. Kaedah capai hasrat itu... perpaduan rakyat dicapai dengan mengatasi perbezaan, ia mengatasi segala kepentingan lain," katanya.
Beliau berkata sempena Hari Malaysia pada 16 Sept ini, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang diharap dapat terus meningkatkan perpaduan dan bersama merealisasikan kepentingan besar untuk bersama bergerak atas sebuah landasan tepat dalam melonjakkan negara.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak adalah program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Sambutan Hari Malaysia ke-60 pada 16 Sept akan diadakan di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Rakyat Sabah dari segenap pelosok akar umbi negeri ini sanggup datang untuk menyambut Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. - Foto BERNAMA
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.