Seorang juruteknik komputer yang digelar 'kasanova bersiri' dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menipu seorang wanita dua tahun lepas.
Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu terhadap K. Prabaharan, 45, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Jan lepas.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengenali mangsa berusia 29 tahun yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah Tamil di Pahang melalui sebuah laman sosial pada dua tahun lepas.
Mangsa kemudian diperdaya tertuduh untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di sini pada Disember 2012.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala Prabaharan diwakili peguam Ravi Chandran.
Terdahulu, Ravi Chandran memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh terpaksa menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah.
Selain meminta mahkamah mengambil kira pengakuan salah Prabaharan yang menjimatkan masa dan kos dalam kes tersebut, beliau berkata tertuduh sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang jujur.
Bernama
Fri Apr 25 2014
![Kasanova bersiri dihukum penjara empat tahun kerana tipu wanita Kasanova bersiri dihukum penjara empat tahun kerana tipu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41398397155_295x200.jpg)
K. Prabaharan (berbaju jingga) dijatuhi hukuman penjara empat tahun - Foto Bernama
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721207510_TLDM.jpg)
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025 Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721207496_vietnamlebuhraya.jpg)
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
![[KOLUMNIS] 'Kasanova': Daripada kata nama khas kepada kata nama am [KOLUMNIS] 'Kasanova': Daripada kata nama khas kepada kata nama am](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711272085_casanovalelakige.jpg)
[KOLUMNIS] 'Kasanova': Daripada kata nama khas kepada kata nama am
Istilah asing boleh dipinjam atas beberapa dasar, iaitu kesesuaian makna, lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu dan memudahkan penyelarasannya.
![Lagi kasanova laman sosial aniaya teman wanita, larikan RM65,000 Lagi kasanova laman sosial aniaya teman wanita, larikan RM65,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61385473896_295x200.jpg)
Lagi kasanova laman sosial aniaya teman wanita, larikan RM65,000
Suspek mengugut jika mangsa enggan berbuat demikian, dia akan bertindak menyebarkan gambar separuh bogelnya ke dalam internet.
![Saya bingung dan pemikiran seperti dikawal 'kasanova' - Pegawai polis wanita Saya bingung dan pemikiran seperti dikawal 'kasanova' - Pegawai polis wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359974190_295x200.jpg)
Saya bingung dan pemikiran seperti dikawal 'kasanova' - Pegawai polis wanita
Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.