REMBAU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Unit Perancang Ekonomi merangka Pelan Transformasi Sektor Air 2040 dalam intipati Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk menjadikan sektor air sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan Malaysia sebagai hab air serantau menjelang 2040.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kementerian itu juga komited dalam memastikan kecukupan sumber air dan jaminan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat di negara ini menerusi Pelan Transformasi Sektor Air 2040.
Menurutnya sebanyak 2,986 lembangan sungai di seluruh negara merupakan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat di negara ini dengan purata taburan hujan tahunan yang melebihi 2,000 milimeter (mm), antara tertinggi di dunia yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Susulan itu banyak projek infrastruktur air sedang dilaksanakan dan dirancang dengan teliti seperti Projek Grid Air Kebangsaan, Projek Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil, Projek Takungan Air Pinggiran Sungai, Projek Naik Taraf Empangan, Projek Rancangan Tebatan Banjir dan Projek Pemuliharaan Pantai di seluruh negara.
"KASA menerusi Unit Perancang Ekonomi dan Akademi Sains Malaysia sedang merangka model pembiayaan alternatif sektor air untuk dilaksanakan di bawah agenda Transformasi Sektor Air 2040.
"Setakat ini, projek infrastruktur air sangat bergantung kepada pembiayaan awam sama ada dibiayai secara pinjaman atau pemberian geran. Justeru, mengambil kira sumber kewangan yang terhad, projek dijalankan mengikut keutamaan dan keperluan semasa oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sungai Rembau di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata beberapa cadangan dipertimbangkan antaranya land-swap wakaf, sukuk, wakaf sukuk serta anuiti hibrid dan kementerian juga telah merintis projek pendanaan awam iaitu Wakaf Air yang dilancarkan hujung tahun lepas bagi membiayai projek infrastruktur air berskala kecil, segera dan tidak melebihi RM50,000 di kawasan luar bandar.
Beliau berkata dana Wakaf Air dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia telah mencecah RM3 juta dan sebanyak enam buah projek dilaksanakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM244 ribu dapat memanfaatkan hampir 3,000 orang.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan perlu bersedia dalam memperuntukkan sejumlah perbelanjaan besar bagi mitigasi risiko dan menyediakan infrastruktur sumber air bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.
Sementara itu beliau berkata KASA sedang menyusun dasar, strategi dan pelan tindakan yang komprehensif bagi menyelesaikan masalah seperti kejadian kepala air dan banjir lumpur di daerah Kuala Muda dan Yan di Kedah baru-baru ini, serta gangguan bekalan air tidak berjadual dihadapi rakyat disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang melakukan pencemaran sungai.
Tuan Ibrahim menyeru Pihak Berkuasa Negeri mengaplikasi Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai satu rujukan asas dalam perancangan pembangunan guna tanah khususnya di kawasan lembangan sungai dan sumber air.
"Semua pihak berkepentingan perlu merujuk Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai (Pindaan 2020) yang telah digubal oleh JPS. Semua agensi penguatkuasaan mesti bertindak dengan tegas, tanpa rasa takut dan memihak terhadap penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sumber air dan sungai," katanya.
Beliau turut menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengukuhkan lagi sinergi dalam menguruskan sumber air, sungai dan bekalan air secara lestari di negara ini.
Mengenai sambutan Hari Sungai Sedunia 2021, tema Alur Air dalam Komuniti dipilih bagi menekankan aspek inklusif dan kebersamaan komuniti setempat dalam penjagaan sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
KASA juga komited dalam memastikan kecukupan sumber air dan jaminan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat di negara ini menerusi Pelan Transformasi Sektor Air 2040. - Gambar hiasan
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.