KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diminta menambah baik sistem amaran banjir bagi memastikan bunyi amaran lebih kuat selain berbeza dengan siren lain.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan itu antara keputusan penting yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Menurut agensi itu, inisiatif pascabencana turut meliputi tindakan KASA untuk memantau ban-ban yang tidak diselenggara dengan baik bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan.
"Bagi negeri-negeri yang telah memasuki fasa pascabencana, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah diminta untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah untuk melakukan penilaian terhadap kawasan terlibat," demikian menurut agensi itu.
Selain itu, NADMA memaklumkan Perdana Menteri turut mengarahkan supaya urusan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dipermudahkan dan semua Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu memastikan setiap Pejabat Daerah mempermudah urusan pengagihan bantuan itu menerusi beberapa kaedah.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga air pasang besar diramal berlaku sehingga Februari
"Pertama, pendaftaran mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang diurus Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh terus digunakan sebagai maklumat pengagihan tanpa borang dan pengesahan tambahan.
"Kedua, mangsa yang tidak berpindah ke PPS, pengesahan daripada ketua komuniti perlu digunakan bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas dan ketiga, JKM diminta mendapatkan maklumat akaun bank mangsa ketika pendaftaran bagi memudahkan urusan agihan BWI selain perlu memberi penerangan kerahsiaan dan kegunaan maklumat tersebut," menurut NADMA.
Setakat 5 petang ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menunjukan penurunan, manakala jumlah mangsa di Terengganu, Sabah dan Selangor tidak berubah.
Menurut NADMA, operasi banjir seluruh negara kini melibatkan 17,223 anggota agensi responder menggunakan sejumlah 3,251 gabungan aset pelbagai agensi sedang beroperasi manakala JKM telah mengedarkan 544,064 pek makanan yang disediakan tiga kali sehari termasuk keperluan asas kepada mangsa terjejas.
"PKOB Negeri dan Daerah perlu memaklumkan kepada PKOB Pusat jika terdapat kejadian runtuhan yang memberi kesan kepada penempatan dan memerlukan pemindahan agar penyelarasan dan tindakan lanjut dapat dilakukan segera.
"Hingga 10 pagi, 4 Jan 2022, Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan 245 kejadian tanah runtuh di seluruh negara, pertambahan dua lokasi masing-masing satu kejadian di Negeri Sembilan dan Selangor manakala Jabatan Kerja Raya melaporkan 61 kejadian cerun dan jalan runtuh dikesan sepanjang MTL 2021/2022," menurut kenyataan itu.
Agensi itu turut memaklumkan hingga 10 pagi tadi, sebanyak 1,020 atau 97 peratus daripada 1,048 infrastruktur komunikasi yang terjejas telah dibaik pulih manakala baki 28 masih dalam proses baik pulih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Operasi banjir seluruh negara kini melibatkan 17,223 anggota agensi responder menggunakan sejumlah 3,251 gabungan aset pelbagai agensi. - Gambar fail/ Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.