Karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas dilancarkan

Astro Awani
Februari 16, 2013 04:55 MYT
Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (Casis-UTM) hari ini mengadakan seminar kebangsaan bertemakan "Memupuk Adab Membina Peradaban Unggul" diikuti majlis pelancaran karya pengiktirafan Syed Muhammad Naquib Al-Attas bertajuk ‘Adab dan Peradaban.
Seminar ini membuka peluang untuk masyarakat Malaysia khususnya generasi muda mengenal dan menghayati pemikiran dan sumbangan Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, salah seorang tokoh ilmuan terkemuka tanah air dan dunia Islam.
Prof. Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah merupakan penyunting utama karya pengiktirafan Syed Muhammad Naquib Al-Attas memandang sumbangan beliau sebagai hadiah dari atau pengiktirafan dari anak-anak murid kepada gurunya.
“Sumbangan Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (gambar) yang lebih dari 30 tahun merangkumi sumbangan beliau dalam pelbagai aspek,” kata Wan Suhaimi.
“Kita cuba paparkan pemikiran-pemikiran beliau dalam 21 makalah dan lebih dari 800 halaman yang menghuraikan sisi pandang Dr. Syed Muhammad Naquib " ujarnya lagi.
Dr Wan Suhaimi berkata melalui projek begini usaha merapatkan pemikiran Dr. Syed Muhammad Naquib kepada masyarakat akan tercapai, selain dapat dijadikan bahan pengantar dan bahan rujukan.
#Casis-UTM #Prof. Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah #Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas