KUALA LUMPUR:Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kegiatan sindiket kartel daging di Johor masih aktif walaupun dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.
Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kartel Daging PPIM, Abdul Kareem Said, mendakwa sindiket itu menggunakan modus operandi mengisytiharkan daging yang dibawa masuk sebagai barang lain.
Dakwanya, PPIM yang turut terbabit dalam pembongkaran kegiatan sindiket itu awal bulan ini, baru mendapat maklumat berkenaan daripada sumber boleh dipercayai.
"Saya nak ingatkan isu kartel ini mula terbongkar dengan satu pendedahan PPIM pada 23 November 2020. Pada 2 Disember 2020, serbuan telah dibuat pihak berkuasa.
"Modus operandi (yang masih berlaku) ialah mereka membawa keluar daging import yang tiada kesahihan status halalnya menggunakan kontena bukan sejuk beku diisytiharkan sebagai barang jenis lain, bukan produk daging.
"Maklumat kita dapat... kartel ini mengunakan pelabuhan-pelabuhan, mereka membawa masuk daging tidak halal dalam keadaan sejuk beku, kemudian dipindahkan kepada kontena lain yang bukan sejuk beku.
"Daging ini keluar bukan sebagai daging tapi barang lain... saya baru dapat maklumat perkara ini masih berlaku di Johor hari ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan di ibu negara pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya sedia membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan selanjutnya.
Fareez Azman
Thu Dec 31 2020

Abdul Kareem (kanan) mendakwa sindiket itu menggunakan modus operandi mengisytiharkan daging yang dibawa masuk sebagai barang lain.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kibar bendera asing: PPIM gesa siasatan telus, tindakan tegas
Tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal.

COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.

Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.

Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005
Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan WHO CA dan pindaan IHR 2005.

Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

PPIM gesa kerajaan tubuh RCI siasat pembelian vaksin
Aduan diterima PPIM sepatutnya dikaji dan disiasat secara serius kerana ia membabitkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

PPIM sumbang van jenazah, bantuan RM65,000 baik pulih madrasah
Sumbangan yang diserahkan adalah hasil daripada sumbangan orang ramai di platform atas talian iaitu sumbangan.com

Isu loji sembelihan: 'The Hood Man' dakwa terima ancaman bunuh
Menurut Abdullah, dia menerima ancaman itu selepas membuat pembongkaran berkenaan.

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.