Karpal undur dari jawatan Pengerusi DAP sehingga selesai kes hasutan
Astro Awani
Mac 29, 2014 11:36 MYT
Mac 29, 2014 11:36 MYT
Pengerusi DAP, Karpal Singh, mengambil keputusan untuk mengundur diri sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.
Portal MStar melaporkan, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai akan mengambil alih jawatan Karpal itu.
Difahamkan Karpal akan mengadakan sidang media di Pulau Pinang hari ini dan dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.
Pada 11 Mac lalu, Karpal dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.