'Karpal mesra dan boleh minum bersama' - Shahidan

Astro Awani
April 19, 2014 12:12 MYT
Itu gambaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai sikap dan peribadi mendiang Karpal Singh.
Beliau yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang karpal di rumahnya di Jalan Utama, Georgetown malam ini mengakui turut merasai kehilangan ahli parlimen yang lantang bersuara di parlimen itu.
Mengulas lanjut, Shahidan menyifatkan kematian ahli parlimen Bukit Gelugor itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, berita buruk itu diterima ketika beliau berada di Sabah.
Kali terakhir beliau bertemu dengan mendiang adalah pada minggu lalu di parlimen dan sempat menghantar mendiang ke keretanya.
Sambil mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang, Shahidan turut berpesan kepada anak-anak mendiang agar meneruskan bidang perundangan seperti bapa mereka.
#Karpal Singh #Shahidan Kassim
;