Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang

Bernama
Ogos 18, 2023 05:50 MYT
Kapal China PLA Navy Ship ETG162 yang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal selama tiga hari bermula 17 Ogos. --fotoBERNAMA
PELABUHAN KLANG: Kapal Tentera Laut China ETG162 berlabuh di Pelabuhan Klang di sini pada Khamis untuk lawatan tiga hari di negara ini.
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.
Kapten Kanan Tentera Laut China Zhao Lang dalam ucapannya berkata lawatan kapal itu menunjukkan sepenuhnya kepentingan hubungan dua hala antara China dan Malaysia yang berada di tahap tinggi dan kukuh.
Beliau berkata sejak kapal pertama Tentera Laut China tiba di negara ini, mereka telah menjalani pelbagai aktiviti seperti latihan bersama dan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).
Pada majlis resepsi di atas kapal ETG162 itu semalam para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan Cina.
-- BERNAMA
#Pelabuhan Klang #kapal #Tentera Laut China #kapal Tentera Laut China
;