Kapal tangki MT Jaoquim dilapor hilang di perairan Selangor

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 9, 2015 10:03 MYT
APMM enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut dan akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini. -Gambar fail
Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor.
Sumber Astro AWANI memberitahu kemungkinan kapal tangki tersebut telah dirompak awal pagi Ahad.
Namun, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut dan akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini.
Astro AWANI akan membawakan laporan lanjut dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.
Sebelum ini, kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.
#Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia #APMM #kapal tangki #MT Jaoquim #perairan selangor
;