Kejadian sebuah kapal Malaysia, Polaris bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece tengah hari ini berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura, kata Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Datuk Baharin Abdul Hamid.
Menjelaskan satu laporan berita mengenai insiden itu yang berlaku pada jam 1428, beliau berkata Polaris bertugas memantau keselamatan kapal-kapal yang belayar di perairan sekitar pelabuhan Johor Bahru.
"Kejadian dalam kawasan perairan Pelabuhan Johor Bahru. Jadi tidak timbul soal mencerobohi perairan Singapura. Kami tugaskan Polaris untuk memantau keselamatan pelayaran dalam kawasan itu. Itu adalah pelabuhan kita (sebagai mewajarkan kehadiran Polaris)," katanya kepada Bernama.
Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura dalam satu kenyataan malam ini mendakwa insiden itu berlaku di perairan wilayah Singapura dalam Garisan Sempadan Singapura berhampiran Tuas.
Republik itu juga menyatakan kekhuatiran bahawa kehadiran kapal-kapal yang tidak mendapat kebenaran di kawasan pelabuhan Singapura boleh mencetuskan kekeliruan kepada komuniti perkapalan antarabangsa dan mengancam keselamatan pelayaran di perairan mereka.
Ditanya mengenai nasib Polaris dan krunya, Baharin berkata kesemua 23 kru dalam kapal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kapal pun tak ada kerosakan serius, tak ada bocor yang boleh menyebabkan air masuk. Insiden itu juga tidak menyebabkan ancaman pencemaran," katanya.
Ketika ini, katanya, pasukan penyiasat telah dibentuk dan telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua kapal.
"Mereka sudahpun berada di atas kedua-dua kapal, kita akan meninjau kapal-kapal itu untuk kita tentukan kerosakan sebenar yang ada. Sebaik kita dah nilai, baru kita ambil tindakan berikutnya," tambah beliau.
Baharin berkata Polaris, sebuah kapal penyelenggara alat bantuan pelayaran pelbagai fungsi milik Jabatan Laut, kekal berada di lokasi, sementara Piraeus telah belayar ke jeti Tanjung Bin menunggu surat izin belayar dari jabatan berkenaan.
Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan mengesahkan kapal Greece dan kru kapal ditahan oleh Jabatan Laut untuk siasatan awal mengikut Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Malaysia 1952.
Menjelaskan insiden itu, kementerian berkenaan berkata kapal Greece itu dilihat memasuki garisan sempadan pelabuhan Johor Bahru di perairan wilayah Malaysia pada jam 1415.
"Semasa berhubung dengan Polaris, Piraeus memberi respons ia akan mengelakkan Polaris. Walaupun komunikasi jelas dan arahan definitif yang diberikan, pergeseran berlaku pada pertembungan pertama sehingga kedua-dua kapal terpisah antara satu sama lain pada jam 1436," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata kejadian itu bagaimanapun, tidak mengganggu aliran trafik dan jauh dari kawasan Skim Pemisahan Trafik.
"Jabatan Laut menasihatkan kapal dalam garisan sempadan Pelabuhan Johor Bahru yang dikesan di Perairan Wilayah Malaysia agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini di perairan berkenaan," katanya.
Kementerian juga melahirkan komitmen mereka untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memelihara integriti, kepentingan dan pelayaran selamat semua kapal di wilayah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 09 2019
Kesemua 23 kru dalam kapal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto Polis Singapura
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.