Kapal nelayan berdaftar di Sandakan dijumpai di perairan Filipina
Bernama
Januari 20, 2017 09:52 MYT
Januari 20, 2017 09:52 MYT
Sebuah kapal nelayan berdaftar di Sandakan yang enjinnya masih hidup, ditemui berhampiran perairan Sulu awal pagi Khamis.
Menurut sumber, pasukan keselamatan Filipina menemui bot nelayan itu berhampiran Pulau Langawan.
Bernama difahamkan tiga kru warga Indonesia berumur lingkungan 26 hingga 47 tahun yang berada di dalam kapal tersebut hilang dan nasib mereka masih belum diketahui.
Sementara itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menerima laporan mengenai perkara itu dan masih menunggu laporan penuh berhubung insiden itu yang berlaku di perairan Filipina. -- Bernama