Kapal Malaysia berlanggar dengan pengangkut pukal Greece di Singapura
Bernama
Februari 9, 2019 20:41 MYT
Februari 9, 2019 20:41 MYT
Kapal Malaysia, Polaris berlanggar dengan kapal pengangkut pukal berdaftar di Greece di perairan sempadan Pelabuhan Singapura berhampiran Tuas, di sini hari ini.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), kejadian berlaku pada 2.28 petang ketika kapal pengangkut pukal yang didaftarkan sebagai Pireas itu dalam pelayaran dari Singapura ke hentian seterusnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
MPA sedang menyiasat insiden itu, demikian menurut kenyataan tersebut.
Pada masa sama, MPA menyuarakan rasa khuatir dengan kehadiran kapal tanpa kebenaran di sempadan perairan pelabuhan Singapura yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan komuniti perkapalan antarabangsa selain mengancam keselamatan pelayaran di perairan republik itu.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut tentang nasib kru kapal yang terlibat.
-- BERNAMA
#Greece
#kapal berlanggar
#keselamatan
#Malaysia
#Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura
#polis Singapura
#Singapura