Kapal kargo hampir karam di perairan Pulau Pinang, anak kapal selamat
Astro Awani
Julai 26, 2018 14:22 MYT
Julai 26, 2018 14:22 MYT
Keadaan kapal kargo hampir karam setelah berlanggar dengan tukun kapal simen berhampiran pantai Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. - APMM
Sebuah kapal kargo hampir karam setelah berlanggar dengan tukun kapal simen di Perairan Pulau Pinang berhampiran pantai Permatang Damar Laut, kira- kira jam 5.30 pagi tadi.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan semua kru kapal selamat dan hanya aset dan barangan yang terdapat di dalam kapal mengalami kerosakan.
Jurucakap APMM, Komander (M) Hamizan Harun berkata mangsa terdiri empat lelaki warga China dan seorang warga Hong Kong berjaya diselamatkan pasukan Polis Marin Batu Uban.
Menurutnya, semua mangsa kini berada bersama ejen kapal berkenaan.
Siasatan awal mendapati kapal Xin Yi Yi dari China sepanjang 43.6 meter itu telah terlanggar bangkai kapal karam di kawasan berkenaan.
Setakat ini kerugian dianggarkan lebih kurang RM 3.5 juta.
Hamizan memaklumkan setakat ini tiada Operasi Menyelamat (SAR) dijalankan berikutan semua anak kapal selamat.