Kang Chol bimbang hubungan KL - Pyongyang
Hilal Azmi
Mac 6, 2017 17:46 MYT
Mac 6, 2017 17:46 MYT
Duta Besar Korea Utara, Kang Chol tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4:40 petang dengan kenderaan rasmi Kedutaan Korea Utara.
Ketibaannya diasak ratusan wartawan yang mahu mendapatkan reaksinya selepas diusir kerajaan Malaysia hampir 48 jam yang lalu.
Katanya, setiap kenyataan yang dibuat sebelum ini hanya memperlihatkan pendirian Korea Utara berhubung kes kematian Kim Jong Nam.
"Kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah adalah untuk menunjukkan pendirian negara ini atas penyiasatan polis terhadap siasatan bedah siasat tanpa pengetahuan Korea Utara.
"Kemudian menahan rakyat Korea Utara tanpa bukti yang kukuh.
"Saya melahirkan kebimbangan yang amat sangat tentang langkah drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia yang akan menjejaskan kesan yang buruk terhadap hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 40 tahun lalu," katanya ketika memasuki pintu masuk balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sebelum itu, pada sekitar jam 4:30 petang kelihatan isteri, anak serta seorang cucunya dilihat memasuki Bilik Kenamaan KLIA.
Terdahulu, Kang Chol dilihat meninggalkan bangunan kedutaan itu di ibu negara sekitar 3.55 petang tadi dengan diiringi anggota polis.
Beliau dilaporkan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang sekitar 4.40 petang bagi menaiki pesawat pulang ke negara itu.
Kang Chol sebelum ini telah diberi tempoh 48 jam yang berakhir pada jam 6 petang hari ini selepas dilabelkan sebagai 'Persona Non Grata' oleh kerajaan Malaysia.
Kang Chol sebelum ini telah diberi tempoh 48 jam yang berakhir pada jam 6 petang hari ini selepas dilabelkan sebagai 'Persona Non Grata' oleh kerajaan Malaysia.
Sebelum itu, itu kenderaan membawa barangan dipercayai milik Kang Chol dilihat keluar dari premis kedutaan pada jam 2:15 petang tadi.
Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah individu yang dilihat memegang pasport dan tiket penerbangan.
Kang Chol dijangka menaiki pesawat menuju Beijing pada 6:40 petang nanti.